Azan

Advertisements

Cincin

بســم الله الرحمــن الرحيــم

Assalamualaikum
Sy ade cincin cop mohor rasulullah s.a.w untuk diniagakan. Mahar adalah seperti berikut.

1-cincin الله رسول محمد model china
size US:7-11
RM:60

2-cincin الله رسول محمد emas
size US:7-14
RM60

3-cincin الله رسول محمد perak
size US:7-14
RM50

4-cincin wafaq
size US:6-12
RM40

5-cincin الله رسول محمد turki
size US:7,9,10,11,12
RM40

6-cincin syahadat titanium
saiz US:6-12
RM40

7-cincin syahadat berlian
size US: 6-10
RM40

8-cincin syahadat biasa
saiz US:6-12
RM40

9-cincin الله (emas,hitam,silver)
size US:6-10
RM40

Pamir

Wani Razali:
Salam…

Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya.

Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.

Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.

Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”

Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah”.

Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia.

Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”

Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”

Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;

“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”

Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”

Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ.

Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”

Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari.

“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukn nama Abu bin Hasyim di dalamnya.

Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.

“Betul… namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.

Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat.

Dia menangis semahunya.

“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.

Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.

Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”

“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.

“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana.

Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah.

Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu.

Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa?

Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim seperti​ disambar petir di siang hari.

Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!
“TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?
Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?
Allah SWT:
SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.
ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.
PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?
Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu.
Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. —Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)—

Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu… maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.
Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya.
Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia
(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)

Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah.

Pentingnya Silaturrahim.

Aamiin…

Minat.

بســم الله الرحمــن الرحيــم

DAKWAH . TA’LIM . TAZKIYYAH

🔔Assalammualaikum

🔊Darul ulom Al-fatah(Sri kembangan)akan membuat pengambilan pelajar baru lelaki, bagi tahun 2019.untuk pengajian TAHFIZ dan ALIM DEENIYYAH.

Info Pengajian
➡Program ini adalah satu kerjasama dengan madrasah al-fatah temboro dan akan dipimpin oleh Maulana mokhtar(alumni madrasah al-fatah temboro).
Pelajar yg tamat pengajian akan diberikan sanad dan sijil oleh pihak madrasah.

SYARAT PENGAJIAN
1.) Berminat untuk mendalami Ilmu Wahyu
2.) Boleh berdikari
3.) Belajar kerana allah dan sanggup mujahadah demi agama

➡PROGRAM MADRASAH:

1.TAHFIZ/ALIM DEENIYYAH
pengajian sepenuh masa yang menggabungkan hafalan alquran dan pengajian kitab thurath sekaligus, utk pelajar 13-20 tahun

Yuran pendaftaran: Rm150
Yuran bulanan: Rm100

  1. ALIM DEENIYYAH
    Pengajian separuh masa utk org awam,pelajar university,pelajar sekolah mempelajari ilmu tauhid,feqah,hadis,nahu,sorof dan bahasa arab dengan sistem ala Madrasah. Waktu pengajian adelah sebelum atau setelah balik kerja dan waktu cuti

Yuran pendaftaran: Rm50
Yuran bulanan: Rm50

  1. TAHFIZ KILAT
    pengajian tahfizul quran separuh masa untuk orang awam,pelajar university. Waktu pengajian adelah sebelum atau setelah balik kerja dan waktu cuti

Yuran: rm50/bulan

  1. TAKHASUS KITAB THURATH

pengajian yang fokus pada satu kitab yg dipilih untuk dikaji sehingga tuntas.Pengajian setiap sabtu dan ahad. 1 sesi 3 jam

Yuran: rm40/individu

5.IQRA’ BINNAZOR
kelas mengaji alquran,tajwid utk kanak-kanak dan orang awam

Yuran bulanan: Rm10

🔊Untuk pengajian rumah kerumah akan dikenakan yuran Rm20/jam.

KHIDMAT TRANSIT
Kami menyediakan khidmat transit sambil belajar fardhu ain,tajwid dan adab,untuk anak2 yg berumur 7 tahun ke atas. Sebelum atau setelah balik sekolah,cuti sekolah dan transit untuk anak2 yg ibu bapanya khuruj fisabilillah

Yuran:rm150/bulan

Riadah: sukan berkuda,sukan memanah dan qosidah.

🔊lnshaAllah Kelas akan dimulakan pada 13 syawal 1440H bersamaan 17/06/2019

🔊Infaq atau bayaran yuran pengajian akan dibuat utk membiaya operasi harian madrasah, dan saguhati kpd para ustaz. Yuran hanyalah syarat. Agama ini perlukan pengorbanan. Jika ada pengorbanan maka akan hadir kecintaan terhadap agama didalam hati. Jika tidak mampu, jangan batalkan hasrat untuk belajar. Korbanlah seberapa yang mampu. Jika tidak mampu korbankan harta,korban kan masa untuk agama. Rebutlah warisan yang ditinggalkan oleh rasulullah s.a.w.

📞Utk sebarang pertanyaan sila hubungi no berikut:

Maulana mokhtar
+601111813974

Adzha
+60149160591

Fadil
+60136822764

👳🏼‍♀Jazakallahukhairankathir